Wednesday, 17 July 2013

setting carburetor by shamz rock kapak

 
Setting carburetor by shamz rock kapak.

Sebelum setting carburetor,cara yg lebih mudah (marking trotel dgn liquid paper bahagikan trotel pada tutup trotel,1/4,1/8,1/2,3/4 dan bukaan penuh trotel.ini membolehkn anda mengenal pasti dimana kesilapan saiz jetting carburetor.

(air screw) skru angin : hanya berfungsi dalam keadaan trotel tutup sehingga ¼ trotel shj.bergantung pada jenis motor.

Sila pastikan penggunaan saiz jetting bg mainjet dan pilotjet adalah besar pd permulaan atau dalam saiz yg standard.
  • Untuk permulaan,bagi yg baru belajar,sy cadangkan : tandakan bg setiap bukaan trotel supaya lebih mudah untuk mengenal pasti dimana keaadaan slider carburetor berada.
  • Motif utama set skru angin adalah untuk melaraskan nisbah angin dan minyak yg masuk dlm pembakaran piston.mencari (rpm yg tertinggi)
  • perlu ambil kira sekiranya bukaan skru angin lebih daripada 2 putaran atau lebih berkemungkinan skru akan jatuh.

Hidupkan motor anda,biarkan enjin hidup sekitar 5 hingga 10 minit.selepas itu laraskan sehingga 1200rpm atau 1300rpm bg skru minyak (idle screw).....tutup sepenuhnya skru angin motor anda,dengan perlahan lahan putar keluar skru angin dlm keadaan setiap putaran ¼ sehingga mencari rpm yg tertinggi.....jika anda putar keluar lebih daripada rpm yg tertinggi td,rpm akan mula jatuh....ingat (hanya mencari rpm yg tertinggi shj)...

  • jika putaran keluar skru angin td lebih daripada 2 pusingan,maka anda perlu menukar saiz pilotjet anda kepada saiz yg kecil
  • jika kurang daripada 1 putaran keluar bg skru angin,maka anda perlu menukar pilotjet yg lebih besar.
  • (untuk tahu berapa putaran skru angin anda,apabila anda dapat RPM tertinggi motor.cuba kira berapa putaran yg telah anda lakukan untuk kembali kepada keadaan skru angin ditutup sepenuhnya.)

bagi ¾ kepada bukaan penuh trotel ini bergantung pada penggunaan jarumjet (needle jet) dan mainjet.ada mestilah merujuk kepada bacaan plug..disini ada contoh gambar..


rich : bermakna penggunaan minyak lebih
lean : bermakna minyak kurang,boleh menyebabkan motot jem.piston berlubang dll...

Friday, 12 July 2013

tzm 150

pakat tgok video aku..kikikki..jom layan

2 stroke tuning carburetor (color plug code)

ini warna plug jenis b8es bagi motor saya,jenis yamaha tzm 150cc.bacaan pada 9000rpm (half trotthel).menggunakan carburetor jenis UMA RACING 34MM.

penggunaan jetting semasa :
mainjet size : 142
pilotjet size : 38
needle jet : no 2

bacaan semasa terlalu kering (lean) pada 3/4.perlu naik satu mata saiz 145 mungkin.