Setting carburetor by shamz rock kapak.
Sebelum setting carburetor,cara yg lebih mudah (marking trotel dgn liquid paper bahagikan trotel pada tutup trotel,1/4,1/8,1/2,3/4 dan bukaan penuh trotel.ini membolehkn anda mengenal pasti dimana kesilapan saiz jetting carburetor.
(air screw) skru angin : hanya berfungsi dalam keadaan trotel tutup sehingga ¼ trotel shj.bergantung pada jenis motor.
Sila pastikan penggunaan saiz jetting bg mainjet dan pilotjet adalah besar pd permulaan atau dalam saiz yg standard.
- Untuk permulaan,bagi yg baru belajar,sy cadangkan : tandakan bg setiap bukaan trotel supaya lebih mudah untuk mengenal pasti dimana keaadaan slider carburetor berada.
- Motif utama set skru angin adalah untuk melaraskan nisbah angin dan minyak yg masuk dlm pembakaran piston.mencari (rpm yg tertinggi)
- perlu ambil kira sekiranya bukaan skru angin lebih daripada 2 putaran atau lebih berkemungkinan skru akan jatuh.
Hidupkan motor anda,biarkan enjin hidup sekitar 5 hingga 10 minit.selepas itu laraskan sehingga 1200rpm atau 1300rpm bg skru minyak (idle screw).....tutup sepenuhnya skru angin motor anda,dengan perlahan lahan putar keluar skru angin dlm keadaan setiap putaran ¼ sehingga mencari rpm yg tertinggi.....jika anda putar keluar lebih daripada rpm yg tertinggi td,rpm akan mula jatuh....ingat (hanya mencari rpm yg tertinggi shj)...
- jika putaran keluar skru angin td lebih daripada 2 pusingan,maka anda perlu menukar saiz pilotjet anda kepada saiz yg kecil
- jika kurang daripada 1 putaran keluar bg skru angin,maka anda perlu menukar pilotjet yg lebih besar.
- (untuk tahu berapa putaran skru angin anda,apabila anda dapat RPM tertinggi motor.cuba kira berapa putaran yg telah anda lakukan untuk kembali kepada keadaan skru angin ditutup sepenuhnya.)
bagi ¾ kepada bukaan penuh trotel ini bergantung pada penggunaan jarumjet (needle jet) dan mainjet.ada mestilah merujuk kepada bacaan plug..disini ada contoh gambar..
rich : bermakna penggunaan minyak lebih
lean : bermakna minyak kurang,boleh menyebabkan motot jem.piston berlubang dll...